Wednesday, November 12, 2014

Mesyuarat AJK BBM Kali Ke-2


Pada 13 dan 14 November 2014, Mesyuarat AJK BBM Kali Ke-2 diadakan bertempat di Pejabat Sekretariat Kebangsaan BBM, Putra Indah, Nilai.

Kehadiran lebih 20 orang Exco BBM dari seluruh pelusuk tanahair disertai staf di pejabat Cawangan Negeri masing-masing membawa misi menyatu-padukan gerak kerja dan penyelarasan semula BBM peringkat pusat, selepas keputusan memindahkan pejabat pusat dari negeri Kelantan ke Nilai.


Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Sembilan berkongsi pejabat dengan Pejabat Sekretariat Kebangsaan Briged Bakti Malaysia.

Antara pengisian yang ditunggu-tunggu adalah :

  • Amanat Yang Berbahagia Dato' Dr Abd Razak Kechik, Pengerusi Kebangsaan BBM.
  • Mesyuarat Pelarasan Gerak Kerja Staf Cawangan.
  • Kemaskini Data AJK dan Staf.
 Saya bertugas sebagai tuan rumah, melayani keperluan tetamu, selain akan berfungsi sebagai jurukamera dan jururakam media juga. Insya-Allah.

Selamat datang, semua sukarelawan BBM ke pejabat baru kita!

No comments:

Post a Comment