Monday, November 24, 2014

Misi Quarter 4 2014 hingga Quarter 2 2015

MISI bagi suku tahun ke-4 2014 sehingga suku kedua 2015.



MENAIKKAN RANKING SEARCH ENGINE OPTIMIZATION 

BRIGED BAKTI MALAYSIA.INFO

Untuk itu, apa saya perlu lakukan ialah : 

1) Belajar dan refresh SEO.
2) Daftar akaun Google Webmaster Tools, Google Analytics, Bing, Google+, Yahoo site explorer.
3) Install dan belajar guna SH404SEF. 
4) Install Xmap
5) Create SOP untuk update website. 
6) ....

Sunday, November 16, 2014

Kerja sehingga Disember 2014

WEB BBM PUSAT (SIAPKAN)

1) Tajuk page - Gantry Template Tajuk Page sudah ditukar menjadi Briged Bakti Malaysia Official [25.11.14]
2) Amanat pengerusi
3) Masukkan lagu tema dan video
4) AJK Kebangsaan - Betulkan nama, minta gambar, dan bubuh nama ajk.
5) Badan beruniform
6) Our partners
7) skuad ipt
8) khidmat masyarakat
9) page mosquecare
10) sahabat hospital
11) peduli marhaen
12) peduli orang tua
13) media bbm
14) kalendar aktiviti
15) galeri foto
16) brosur bbm
17) Borang pendaftaran keahlian
18) sudut ilmu
19) Dari Meja Setiausaha Kehormat
20) Buletin AJK / masalah
21) page hubungi kami
22) Alamat dan contact bbm kebangsaan
23) alamat dan contact seluruh bbm negeri.
24) header laman.
25) footer laman.
Sedang berkira-kira menukar Joomla kepada Wordpress yang lebih mudah guna.
Atau kekalkan Joomla, tapi belajar baiki sedikit demi sedikit.

Yang penting, content!

Wednesday, November 12, 2014

Mesyuarat AJK BBM Kali Ke-2


Pada 13 dan 14 November 2014, Mesyuarat AJK BBM Kali Ke-2 diadakan bertempat di Pejabat Sekretariat Kebangsaan BBM, Putra Indah, Nilai.

Kehadiran lebih 20 orang Exco BBM dari seluruh pelusuk tanahair disertai staf di pejabat Cawangan Negeri masing-masing membawa misi menyatu-padukan gerak kerja dan penyelarasan semula BBM peringkat pusat, selepas keputusan memindahkan pejabat pusat dari negeri Kelantan ke Nilai.


Briged Bakti Malaysia Cawangan Negeri Sembilan berkongsi pejabat dengan Pejabat Sekretariat Kebangsaan Briged Bakti Malaysia.

Antara pengisian yang ditunggu-tunggu adalah :

  • Amanat Yang Berbahagia Dato' Dr Abd Razak Kechik, Pengerusi Kebangsaan BBM.
  • Mesyuarat Pelarasan Gerak Kerja Staf Cawangan.
  • Kemaskini Data AJK dan Staf.
 Saya bertugas sebagai tuan rumah, melayani keperluan tetamu, selain akan berfungsi sebagai jurukamera dan jururakam media juga. Insya-Allah.

Selamat datang, semua sukarelawan BBM ke pejabat baru kita!

Saturday, November 1, 2014

ISU SURVIVAL HIDUP DALAM AKTIVITI SUKARELAWAN




Selepas beberapa lama berada dalam aktiviti sukarelawan, saya menemui satu persoalan yang sukar dijawab dalam organisasi dan di kalangan sukarelawan. Sukar dijawab jika paksinya tidak betul.

Apakah sukarelawan melakukan apa yang mereka lakukan secara sukarelawan atau sukarela+wang?

Isu ini mungkin timbul apabila sesetengah organisasi beroperasi secara penuh atas tugas sukarelawan, berbanding sesetengah organisasi lain tenggelam timbul dengan program-program bersifat berkala atau secara Touch N Go.

Sama ada seseorang petugas sukarela melakukan aktiviti sukarelawan kerana betul-betul mahu berkongsi rezeki, pahala, dan wang lebih, ataupun mereka melakukannya dan mendapat gaji, hal ini adalah subjektif bagi ditentukan. Ia bertitik-tolak daripada hati yang ikhlas.

Kita tidak dapat menilai dalaman orang lain sama ada mereka ikhlas atau tidak. Kita tidak dapat menghukum batin orang lain sama ada mereka melakukan tugas kerana mahukan upah atau betul-betul ikhlas. Ikhlas adalah kerja hati manusia dan hanya dapat dilihat oleh Allah.

Kadangkala, orang yang melakukan tugas sukarelawan dan mendapat gaji lebih ikhlas kepada Allah, berbanding orang yang bertugas sukarela tanpa mendapat apa-apa. Isunya, kembali kepada hati masing-masing.

Saya tertarik untuk mengulas hal ini apabila kita melihat kembali sejarah kegiatan sukarelawan di negara kita. Kebanyakan sukarelawan tidak dibayar apa-apa, malah mengorbankan pula masa, tenaga dan wang mereka bagi memperolehi pahala. Kita salute mereka kerana mereka bersungguh-sungguh melakukannya tanpa mengharapkan balasan. Kebanyakan mereka mempunyai penghasilan lain, dan menyumbangkan lebihan pendapatan mereka kepada kegiatan sukarelawan.

Namun, timbul pula isu berkenaan melakukan program sukarela secara Touch N Go. Hakikatnya, mad'u dakwah kita perlukan sukarelawan setiap masa. Terutamanya bagi sukarelawan dakwah Islam, seperti mengislamkan orang Asal, berdakwah secara sepenuh masa. Jadi, pendakwah dan sukarelawan ini memerlukan sedikit penghasilan yang dapat menampung kehidupan diri mereka dan juga keluarga mereka.



Dari sini, timbul pula keperluan menjadi sukarelawan sepenuh masa. Justeru, tidak dapat tidak, organisasi perlu membayar sukarelawan sepenuh masa ini bagi memastikan mereka dapat berkhidmat tanpa diganggu rasa bersalah tidak menyediakan keperluan untuk keluarga sendiri.

Sekian banyak sukarelawan yang berkecimpung mengajak umat ke arah Islam yang lebih baik, dan berusaha melakukan tugas sukarela tanpa penghasilan yang banyak, apakah kita sanggup menggelar mereka sebagai ustaz Sampul atau Sukarela-Wang?

Alangkah baiknya, sekiranya semua organisasi sukarelawan dapat menyediakan platform supaya semua sukarelawan mendapat pendapatan pasif.

Supaya isu-isu seperti keluarga terabai, suami keluar dakwah keluarga merempat, ustaz-ustaz sibuk dengan sampul, program dakwah mahal dan lain-lain dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit Foto : Google Images.