Sunday, October 26, 2014

Memahami Struktur Briged Bakti Malaysia

Briged Bakti Malaysia ditubuhkan pada tahun 1992 selaras dengan niat memperkasakan gerakan sukarelawan di peringkat sekolah. Ideanya tercetus daripada pergerakan NGO Islamic Outreach ABIM cawangan Kelantan yang diterajui oleh Dato' Dr. Razak bin Kechik.

Kini, BBM mempunyai cawangan di Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Pahang, Terengganu, Perlis dan Perak.

STRUKTUR BBM
Struktur Briged Bakti Malaysia agak unik bagi saya. Pada peringkat permulaan, keahlian adalah daripada pelajar sekolah menengah yang menganggotai Briged. Peringkat seterusnya, keahlian dibuka bagi pelajar IPT yang dinamakan sebagai Skuad IPT. Peringkat seterusnya adalah sukarelawan umum.

Dari satu sudut, BBM merekrut pelajar sekolah menengah bagi menjadi sukarelawan pada masa hadapan. Misi ini memandang kepada keperluan pelajar sekolah didedahkan kepada kegiatan volunteerism sejak kecil.

MENYUMBANG BAKTI
Apabila sudah dibiasakan, pelajar matang ini akan lebih mudah menyumbang kepada orang lain.
Dalam satu sesi klinik usahawan, Dr Azizan Osman menyatakan, peringkat tertinggi seseorang melakukan sesuatu adalah menyumbang bakti kepada orang lain. Peringkat-peringkat keperluan dalam melakukan sesuatu boleh dilihat dalam jadual di bawah.


Justeru, BBM memenuhi matlamat melakukan sesuatu bagi membantu orang lain.

STRUKTUR ORGANISASI BBM
Seperti biasa, sebagaimana NGO lain, BBM mempunyai ibu pejabat dan cawangan di peringkat negeri. Setiap negeri mempunyai pejabat masing-masing, iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Kedah, Pahang, Terengganu, Perlis dan Perak. Ada 6 negeri masing belum ada cawangan.

STRUKTUR UNIT DAN PROGRAM
BBM turut mempunyai struktur berasaskan unit dalaman dan program sub-NGO.

Antara unit yang ditubuhkan di dalam BBM adalah Team Embun Hidayah, Akademi Sukarelawan BBM (ASBAB), Unit Media BBM, dan unit-unit lain. Tidak semua unit bernaung di bawah BBM Kebangsaan. Ada yang bernaung di bawah BBM Cawangan Negeri.

Program sub-NGO pula adalah program-program di bawah kendalian BBM, yang berpotensi diangkat menjadi NGO sendiri.

Antara program yang laku keras adalah projek MosqueCare, Peduli Orang Tua, Peduli Hospital, dan Peduli Marhaen. Setiap program ini wajar dikembangkan menjadi NGO sendiri, yang bernaung di bawah BBM. Mempunyai ahli tetap sukarelawan umum di setiap negeri, dan mempunyai organisasi sendiri, dana sendiri dan aktiviti sendiri.



No comments:

Post a Comment