Monday, October 27, 2014

101 IMPIAN BRIGED BAKTI MALAYSIA

KERETA IMPIAN

Mempunyai impian dan mempunyai cita-cita adalah enjin yang dapat menggerakkan jiwa lebih maju ke hadapan. Ibaratnya, kita mempunyai kereta. Semuanya lengkap. Tapi, sekiranya kita tidak letakkan matlamat dan impian yang ingin dicapai, atau bahasa mudahnya, DESTINASI, kereta itu tidak akan sampai ke mana-mana.

IMPIAN BBM
Dato Dr Abd Razak bin Kechik telah mengasaskan BBM sejak 1992. Sejak tahun itu, sudah lebih 20 tahun Briged Bakti menyemaikan bakti, malah mungkin sudah menuainya sebahagian hasilnya. Sebagai orang baru dalam BBM dan selepas berbincang lama dengan Naib Presiden Kebangsaan, Tuan Haji Hilmi, saya melihat BBM perlukan booster yang lebih kuat bagi memacu BBM lebih laju. Umpamanya, kenderaan BBM sudah agak uzur, enjin perlu overhaul, papan tanda di lebuhraya sudah kurang nampak, batu jalan kurang jelas, maka kita harus pistop di mana-mana Rehat dan Rawat (R&R) di pinggir jalan.

101 IMPIAN TERLALU BANYAK?
Terlalu sedikit sebenarnya. Jika kita dare to dream, maka kita akan dare to get bigger. Tanpa impian, hidup tiada makna. Begitu juga dalam organisasi, jika tiada impian yang dapat direalisasikan, organisasi itu mungkin tiada relevannya lagi.

Adakah 101 impian terlalu banyak untuk ditunaikan? TIDAK! Malah masih sangat sedikit berbanding khazanah dan kurniaan Allah. Masih sangat kurang berbanding apa yang boleh dianugerahkan oleh Allah, sang Maha Pemberi. Impian adalah limitless!

Hari ini saya akan menuliskan impian BBM dari sudut pandang saya, anak burung helang dalam organisasi, tapi mahu mempunyai mata helang yang tajam dan menembus ke bumi. Mungkin impian itu tidak cukup, namun saya akan tambah lagi dari semasa ke semasa. Entri ini akan sentiasa dikemaskini sehinggalah 101 selesai ditulis.

101 IMPIAN BRIGED BAKTI MALAYSIA

1. Allahu Akbar! Ahli BBM dapat masuk syurga semuanya.
2. Setup training company sendiri yang dapat memberikan passive income.
3. Mempunyai penerbitan sendiri, bagi pelbagai jenis penerbitan.
4. Mempunyai ahli sebanyak 1 juta orang.
5. Mempunyai wisma BBM sendiri.
6. Mempunyai 5000 sukarelawan On The Go yang aktif dan bersedia dipanggil berkhidmat bila-bila masa.
7. Menyertai Misi Kemanusiaan di Wilayah bergolak. Peluang untuk syahid.
8. Menubuhkan cawangan di setiap negeri, dan ada bangunan sendiri.
9. Menubuhkan cawangan atau liason office di negara-negara Asean.
10. Setiap ahli mempunyai RM3000 dalam akaun.
11. Public listed di BSKL.
12. Well known brand NGO untuk sukarelawan.
13. Ada 20 program sukarelawan yang dibina untuk menyumbang.
14. Mendapat anugerah inovasi dalam kegiatan sukarelawan.
15. Ramai tokoh dalam BBM mendapat anugerah Maal Hijrah, anugerah inspirasi sukarelawan.
16. Dapat menerbitkan 100 title buku.
17. Mempunyai database ahli beruniform, ahli sukarelawan, ahli IPT, ahli sukarelawan umum, donator tetap, fans, follower.
18. Mempunyai aset tetap bernilai 3 billion.
19. Membina 10 buah masjid di luar negara.
20. Berkongsi pengalaman dengan NGO luar negara dalam seminar dan konferens berkenaan volunteerisme.
21. Membina tribe berkualiti.
22. Menganjurkan high impact programme dengan tokoh-tokoh utama dakwah negara luar.
23. Menganjurkan konsert amal.
24. Mempunyai 50 aset yang disewa.
25. Mempunyai 100 hektar ladang atas nama BBM.
26. Memiliki restoran asnaf, Asnaf datang makan percuma, orang bukan asnaf datang makan berbayar. Menerima bantuan zakat juga.
27. Bekerjasama dengan gerakan sukarelawan Islami dunia.
28. Semua website dan medium info mendapat perhatian ramai, dan aktif.
29. Charity shoppe.
30. Website mempunyai shop cart untuk ahli membeli barangan.
31. BBM ada kedai sendiri.
32. Kerjasama dengan pelbagai institusi zakat, volunteer, NGO, dan tokoh volunteer.
33. Masuk media seperti TVHijrah, Sinar Harian, dan bercakap tentang volunteerisme.
34. Mengasaskan siri buku volunteerisme.
35. Mengadakan kelas intensif dakwah, dengan silibus teori dan praktikal, fokus kepada misi kemanusiaan, misi orang asli, misi masjid, misi marhaen, misi warga emas dan misi hospital.
36. Menubuhkan Universiti Dakwah & Bakti.
37. Menubuhkan Kolej Dakwah dan Bakti.
38. Mengasaskan program moneteering untuk semua staff dan sukarelawan BBM. Tujuannya supaya mereka ada penghasilan pendapatan sendiri (automatik), dan boleh fokus kepada usaha sukarelawan.
39. Memastikan BBM tiada hutang.
40. Tabung kecemasan ahli dengan dana RM50K.
41. Terbitkan VCD 101 Belajar Kawad Kaki, Kawad Senjata, Perbarisan, Uniform March dan lain-lain.
42. Membina Akademi Trainer BBM.
43. Membantu masjid-masjid yang memerlukan sukarelawan Dakwah Tourist Guide.
44. Terbitkan al-Quran. (Unit Penerbitan BBM)
45. Projek agihan Al-Quran kepada  orang Asli.
46. Terbitkan terjemahan al-Quran. (Unit Terjemahan BBM)
47. Terbitan VCD belajar al-Quran cara cepat. (Unit Media BBM)
48. Terbitkan buku belajar Hadith cara cepat.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.



No comments:

Post a Comment